my story ♥

Khamis, Februari 13, 2014


Assalamualaikum . 
Hai semua , Yana bukan buat blog baru . Tapi mengemaskini blog . Maklumlah dekat rumah tu manalah ada internet , kalau ada pun tu dekat handphone . Pejam celik . Pejam celik . Umur Yana dah 18 tahun walaupun belum official lagi . hehe . Alhamdulilah . Sampai sekarang Allah bagi peluang untuk Yana hidup walaupun dah banyak rintangan yang Yana  lalui . Susah senang Yana masih ada orang yang beri sokongan walaupun kadang-kadang diri ni dah give up sangat dengan apa yang jadi . Yana lemah . Selalu sangat mulut ni sebut perkataan tu tapi kawan-kawan Yana selalu kata yang yana ni pandai ketepikan masalah yang ada . Bila difikirkan balik . Betul apa yang dikatakan . Memang Yana suka pendam dari meluahkan . Susah sangat nak bagitahu something . Contohnya masa Yana darjah 5 , kaki Yana dah terkoyak nampak daging , darah meleleh banyak , rasa nak pitam dibuatnya , masih nak diam  terkurung dalam bilik sampai nak jalan pun susah , akhirnya mak abah tahu , mereka marah dan Yana rasa bodoh sangat kenapalah Yana tak bagitahu diorang . haih . Banyak masalah Yana selalu menyendiri , mulut , hati terkunci , tapi sentiasa tenang dengan apa yang jadi . Biasalah manusia , tak lari dari kesilapan . 

Kawan . Kadangkala kita tersalah pilih kawan , sampai kita jadi liar , biadap sampai lupa apa itu erti ibu bapa masih nak melawan kata . Sebab itu Yana tak ada kawan baik tapi semuanya kawan biasa . Kebiasaannya , kawan-kawan Yana cari Yana masa mereka susah je , bila mereka dah senang lupa Siapa yang tolong mereka , bukan nak mengungkit tapi sedarlah diri sikit , lama-lama Yana dah jadi lali dengan semua ni . Biarlah mereka nak buat Yana macam tu . Asalkan Yana tak ada perangai macam tu . Biarlah orang nak kata apa pasal Yana . Yana suka jadi diri Yana sebenar , gelak tawa , suka melawak , kaki perli , orang yang kenal Yana memang tahu macam mana diri Yana . Itu saja untuk hari ini . Salah kata atau terasa Yana minta maaf okay . 
Assalamualaikum . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

follower yana ♥